ATKU 2012




  ANUGERAH TRANSFORMASI KOMUNITI u-PUSTAKA
  
   Definisi Transformasi Komuniti

  •     Transformasi Komuniti adalah hasil cetusan idea-idea kreatif dan inovatif yang dapat meningkatkan taraf sosial dan ekonomi komuniti setempat dan membuat perubahan ke arah penghidupan komuniti yang lebih baik.  Hasil kreativiti dan inovatif ini boleh merangkumi apa jua bentuk perubahan kepada gaya hidup komuniti yang memberi impak yang positif kepada taraf sosial dan ekonomi.
  •      Pelaksanaan aktiviti/projek yang berteraskan Transformasi Komuniti ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan peningkatan kualiti hidup dan kerja masyarakat serta memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan.
     Di bawah skop penganjuran ATKU 2012, Transformasi Komuniti dilaksanakan dengan mempromosikan dan memanfaatkan penggunaan perkhidmatan u-Pustaka di samping menggalakkan budaya keilmuan dan pembelajaran sepanjang hayat.

       
   Objektif Penganjuran ATKU 2012

   Anugerah Transformasi u-Pustaka 2012 (ATKU 2012) diwujudkan bagi mengiktiraf sumbangan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) terhadap penggunaan perkhidmatan u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my yang secara langsung atau tidak langsung di kalangan komuniti setempat dalam memacu transformasi pembangunan sosial dan ekonomi. Berikut adalah sasaran objektif penganjuran ATKU 2012 :
  • Anugerah ini bertujuan memberikan impak kepada perkhidmatan u-Pustaka dan komuniti yang terdapat di PI1M/PJL. 
  • Penyertaan projek/aktiviti menyumbang manfaat yang signifikan kepada literasi maklumat dalam memaparkan peranan perkhidmatan maklumat u-Pustaka bagi menangani isu sosioekonomi yang lebih praktikal dan bermakna dengan mengoptimumkan kemudahan/fasiliti kerajaan elektronik;
  • Aktiviti/projek yang berjaya berpotensi untuk diketengahkan ke lain-lain telecentre di seluruh negara dan ini membuka peluang baru kepada telecentre untuk seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat;
  • Pentadbir PI1M/PJL dapat menerima pengiktirafan dan ini akan meningkatkan motivasi dan jatidiri  kepada pentadbir PI1M/PJL untuk berkhidmat dengan lebih beriltizam;
  • Untuk jangkamasa panjang, perkhidmatan u-Pustaka dapat memaparkan kepentingan/kekuatan PI1M/PJL sebagai tonggak literasi maklumat/literasi digital untuk masyarakat berasaskan pengetahuan; dan
  • Mempromosi dan memanfaatkan perkhidmatan maklumat u-Pustaka dengan mengiktiraf nilai perkhidmatan ini kepada komuniti; meningkatkan taraf hidup komuniti dengan membuka ruang kepada kehidupan yang lebih baik; memperteguhkan hubungan komuniti; menambah nilai perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti; menyumbang kepada kesaksamaan akses maklumat; memaparkan amalan terbaik penggunaan internet dan penglibatan keseluruhan peringkat masyarakat. 




L






No comments:

Post a Comment