Wednesday 10 October 2012

1Citizen


Ke Arah Perpaduan Nasional Melalui Penggunaan Teknologi Secara Beretika


Adakah anda berhemah semasa menggunakan sistem dan kemudahan-kemudahan digital untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat?

Adakah anda beretika ketika menggunakan teknologi?

Dapatkah anda mengenalpasti dan membezakan mana satu kaedah penggunaan teknologi yang baik atau tidak?

Adakah anda dilindungi dari gejala-gejala spyware, hackers, phising, kecurian identiti dan sebagainya semasa online?

Pengenalan 1Citizen :

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan rakyat celik digital dan bertanggungjawab dalam dunia digital sekaligus mendedahkan peserta kepada modul-modul berkaitan etika penggunaan internet & keselamatan dunia digital. Antara modul yang terkandung dalam 1Citizen adalah :
  • e-Access ( Capaian Digital) / e-Literate (Literasi Digital)
  • e-Rule (Peraturan Digital)
  • e-Safety (Keselamatan Digital)
  • e-Interaction & Collaboration (Interaksi & Kerjasama Digital)
  • e-Enterprise (Keusahawanan Digital)
  • e-Care (Kesejahteraan Digital)
  • e-Accountability (Tanggungjawab Digital)

Objektif Utama IC-Citizen :

> Untuk melahirkan rakyat celik digital dan bertanggungjawab dalam dunia digital dengan :
  • Menjadi seorang pemikir yang kritikal dalam menganalisis sumber maklumat dan komunikasi
  • Memahami kesan etika daripada kelakuan dalam talian
  • Membuat keputusan online secara beretika
> Untuk mempersiapkan pengguna ke arah menjadi masyarakat yang kaya teknologi, tanpa penyelewengan 
   dan menyalahgunakan teknologi.

> Untuk menggalakkan tingkah laku yang baik dan sikap menghormati secara global apabila berkomunikasi  
   dan bekerjasama dalam dunia digital

> Untuk memastikan akses ke Media Digital & Sumber yang saksama, selamat dan boleh dipercayai

Sumber : Rujukan Ringkas Pelajar 1Citizen
               Edisi Pertama, Julai 2011

Syarat Penyertaan :
  • Ahli Berdaftar Pusat Internet 1 Malaysia (Yuran RM5.00 sahaja)
  • Terbuka kepada lelaki & wanita berumur 16 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Berpengetahuan asas penggunaan komputer & internet
  • Berkeinginan menambahkan pengetahuan etika dunia digital
  • Komited untuk menghadiri kursus pada waktu yang ditetapkan

Kursus ini akan dilaksanakan selama 10 jam dan akan dibahagikan kepada 2 hari
mengikut modul-modul yang telah ditetapkan.

Setelah tamat latihan, anda akan mengambil ujian IC Citizen yang mengandungi
45 soalan pelbagai pilihan jawapan dalam tempoh 60 minit.

Ujian ini akan menunjukkan dan mengesahkan kefahaman anda tentang
penggunaan teknologi secara berhemah.

**Untuk pelajar Malaysia, anda juga perlu menghasilkan portfolio
kerja yang menggabungkan 1 atau lebih elemen modul.








No comments:

Post a Comment