Tentang Kami




Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) , CELCOM dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd.

Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek PI1M, iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat. 

Di samping itu, PI1M ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain PI1M memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan, turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara online.  

Selain itu, PI1M juga menyediakan kemudahan broadband terpantas di daerah Kunak dengan kelajuan di antara 2Mbps - 5Mbps. Pendaftaran ahli hanya dengan kadar serendah RM5 untuk 5 tahun keahlian berserta dengan kelas IT dan komputer secara PERCUMA!   


PENGGUNAAN INTERNET / KOMPUTER  
  •  Kanak-kanak (Ahli) - RM0.50/jam
  •  Dewasa (Ahli) - RM1.00/jam
  •  Kanak-kanak (Bukan Ahli) - RM1.00/jam
  •  Dewasa (Bukan Ahli) - RM1.50/jam

 KEMUDAHAN LAIN
  •  Perkhidmatan Wi-Fi to Home   *( Hubungi PI1M berhampiran anda untuk promosi terkini ! )
        Pelajar - RM10.00/1 bulan 
        Dewasa - RM15.00/1 bulan 
  • Printing
  • Scanning
  • Laminating
  • Photocopy
  • Typing
  • Celcom Prepaid
  • Kelas ICT untuk kanak-kanak / pelajar / belia / dewasa / OKU
  • Program GMBO (Klik link untuk maklumat lanjut -> GMBO)
  • Program 1Citizen (Klik link untuk maklumat lanjut -> 1Citizen)
  
MASA BEROPERASI

 Isnin hingga Ahad  (Kecuali Cuti Umum)
  • 8.00 pagi - 5.00 petang
  • 12.00 - 1.00 petang (Rehat)


Laman Web Rasmi Pusat Internet 1 Malaysia : http://www.celcom1cbc.com

No comments:

Post a Comment