Tuesday 23 October 2012

Kerepek Ubi Pedas Firmawira


Kerepek Ubi Pedas Firmawira yang diperbuat daripada ubi segar yang berkualiti.


Kerepek Ubi Pedas Firmawira 100gram @ RM1.80

Kerepek Pisang Firmawira


Kerepek Pisang Firmawira yang diperbuat daripada pisang segar yang berkualiti.

Keropok Pisang Firmawira terdapat dalam 2 perisa :



Kerepek Pisang Masin 100gram @ RM1.80

Kerepek Pisang Manis 100gram @ RM1.80

Keropok Amplang IDRA

Keropok Amplang IDRA yang diperbuat daripada ikan segar yang berkualiti.

Keropok Amplang IDRA terdapat dalam pek pembungkusan berikut :





Pek 40gram @ RM1.50

Pek 130gram @ RM4.00

Pek 200gram @ RM6.00

Pek 500gram @ 12.00

Keropok Lekor Mentah

Keropok Lekor Ikan Mentah yang diperbuat daripada ikan segar yang berkualiti.

Keropok Lekor Ikan Mentah terdapat dalam pek pembungkusan berikut :


Pek 1kg @ RM10.00

Pek 500gram @ RM5.00

*Produk boleh bertahan sehingga 1 bulan (Freeze)
*Produk boleh bertahan selama 3-4 hari (untuk pengeposan) 

Harga Pek 1kg = RM10.00 (1kg)
Harga Pek 500gram = RM5.00 (500gram)

Thursday 11 October 2012

Hari PI1M bersama Usahawan Kunak


Get Malaysian Business Online - GMBO



KINI SUNGGUH MUDAH UNTUK PERNIAGAAN ANDA BERTAPAK ONLINE WALAUPUN INI PENGALAMAN PERTAMA ANDA


Kami mengurangkan masa, kesukaran dan kos membina laman web supaya anda boleh menumpukan kepada menjalankan perniagaan anda.

Ini yang akan anda dapat:
  • Laman web khusus yang mudah dikemaskini
  • Alamat web .com.my percuma untuk 10,000 peserta pertama. Harga istimewa RM23 untuk peserta-peserta seterusnya*
  • Tips & latihan berterusan
  • Kredit promosi Adwords dengan sokongan telefon dari pakar

Anda berminat untuk mengembangkan / memulakan perniagaan anda secara online?

Kunjungi Pusat Internet 1 Malaysia di mana-mana cawangan di Daerah Kunak.
Kami sedia membantu anda!

Kunjungi laman web rasmi untuk maklumat lanjut --> GMBO

Wednesday 10 October 2012

1Citizen


Ke Arah Perpaduan Nasional Melalui Penggunaan Teknologi Secara Beretika


Adakah anda berhemah semasa menggunakan sistem dan kemudahan-kemudahan digital untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat?

Adakah anda beretika ketika menggunakan teknologi?

Dapatkah anda mengenalpasti dan membezakan mana satu kaedah penggunaan teknologi yang baik atau tidak?

Adakah anda dilindungi dari gejala-gejala spyware, hackers, phising, kecurian identiti dan sebagainya semasa online?

Pengenalan 1Citizen :

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan rakyat celik digital dan bertanggungjawab dalam dunia digital sekaligus mendedahkan peserta kepada modul-modul berkaitan etika penggunaan internet & keselamatan dunia digital. Antara modul yang terkandung dalam 1Citizen adalah :
  • e-Access ( Capaian Digital) / e-Literate (Literasi Digital)
  • e-Rule (Peraturan Digital)
  • e-Safety (Keselamatan Digital)
  • e-Interaction & Collaboration (Interaksi & Kerjasama Digital)
  • e-Enterprise (Keusahawanan Digital)
  • e-Care (Kesejahteraan Digital)
  • e-Accountability (Tanggungjawab Digital)

Objektif Utama IC-Citizen :

> Untuk melahirkan rakyat celik digital dan bertanggungjawab dalam dunia digital dengan :
  • Menjadi seorang pemikir yang kritikal dalam menganalisis sumber maklumat dan komunikasi
  • Memahami kesan etika daripada kelakuan dalam talian
  • Membuat keputusan online secara beretika
> Untuk mempersiapkan pengguna ke arah menjadi masyarakat yang kaya teknologi, tanpa penyelewengan 
   dan menyalahgunakan teknologi.

> Untuk menggalakkan tingkah laku yang baik dan sikap menghormati secara global apabila berkomunikasi  
   dan bekerjasama dalam dunia digital

> Untuk memastikan akses ke Media Digital & Sumber yang saksama, selamat dan boleh dipercayai

Sumber : Rujukan Ringkas Pelajar 1Citizen
               Edisi Pertama, Julai 2011

Syarat Penyertaan :
  • Ahli Berdaftar Pusat Internet 1 Malaysia (Yuran RM5.00 sahaja)
  • Terbuka kepada lelaki & wanita berumur 16 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Berpengetahuan asas penggunaan komputer & internet
  • Berkeinginan menambahkan pengetahuan etika dunia digital
  • Komited untuk menghadiri kursus pada waktu yang ditetapkan

Kursus ini akan dilaksanakan selama 10 jam dan akan dibahagikan kepada 2 hari
mengikut modul-modul yang telah ditetapkan.

Setelah tamat latihan, anda akan mengambil ujian IC Citizen yang mengandungi
45 soalan pelbagai pilihan jawapan dalam tempoh 60 minit.

Ujian ini akan menunjukkan dan mengesahkan kefahaman anda tentang
penggunaan teknologi secara berhemah.

**Untuk pelajar Malaysia, anda juga perlu menghasilkan portfolio
kerja yang menggabungkan 1 atau lebih elemen modul.








Tuesday 9 October 2012

Tuesday 2 October 2012

Hari PI1M bersama Usahawan Kunak



Syarat Penyertaan :

  • Ahli PI1M (RM5.00)
  • Daftar penyertaan di mana-mana PI1M Daerah Kunak
  • Mempunyai lesen perniagaan
  • Produk yang ingin dipasarkan tidak menyalahi undang-undang & tidak berunsurkan MLM
  • Mampu memberi komitmen & kerjasama sepenuhnya kepada pihak PI1M

Keistimewaan Penyertaan :
  • PERCUMA WiFi
  • PERCUMA Kelas Komputer
  • PERCUMA Daftar GMBO (Get Malaysian Business Online)
  • PERCUMA Daftar U-Pustaka
  • PERCUMA Khidmat Pemasaran
  • PERCUMA Khidmat Nasihat Perniagaan Online
  • PERCUMA Kursus Keusahawanan Internet